HATI....

Biar HATI mati menolak CINTA Insani, biar BADAN lesu ditohmah kata KEJI, Jangan kau MENANGIS wahai mata HATI..Menangislah andai CINTAMU ditolak ILAHI..Hidupkan Hatimu dengan REDHA ILAHI..AMINN..^_^♥



















Sabtu, 6 Jun 2009

Jangan Hiaskan Rumah Dengan Gambar2 Haiwan

Elakkan Gambar-gambar Binatang

Hadith:

Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.

Berkata Aisyah: ”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?

Rasulullah s.a.w kembali bertanya: ”Bantal-bantal apakah itu?”
Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”
Sabda Rasulullah s.a.w: ”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: ”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”

Kemudian baginda bersabda: ”Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”

(Muslim)