HATI....

Biar HATI mati menolak CINTA Insani, biar BADAN lesu ditohmah kata KEJI, Jangan kau MENANGIS wahai mata HATI..Menangislah andai CINTAMU ditolak ILAHI..Hidupkan Hatimu dengan REDHA ILAHI..AMINN..^_^♥



















Sabtu, 29 Januari 2011

Berhabuk....

Assalamualaikum....
sudah lama tak update blog ni....
dh berhabuk blog ni...heheh...mcm YDPAH ja smpe xsmpat nk update blog....ngee~ ;-)
setelah ak terbang ke bumi anbia' yg penuh barakah banyak yg berubah pd diriku...
Alhamdulillah dh abis 1 fasal disini....bakal melangkah ke fasal thani...insyaAllah...
walaupun bru beberpa blan disin terlalu bnyak cbran n dugaan yg ak hadapi...Alhamdulillah ak masih bisa mengatasi...ak selalu berpegang dgn kata2 Allah xkn bg ujian pd hambaNYA melainkan mengikut kemampuan dan setiap ujiaan itu adalah tanda sayang Allah pada hambaNYA.....

Jumaat, 13 Ogos 2010

RAmadhan tiba lagi....^_^

R indu akan kedatangan


A ntara bulan yang penug keberkatan


M unajat,doa dikabulkan


A l-Quran,solat jadi amalan


D ahaga & lapar jadi ujian


H adirnya menjadi pentarbiyyahan


A gar bertambah lagi keimanan


N anti perginya meninggalkan KETAQWAAN!


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...


sedap ayat ni..dpat dari seorang kawan...^_^

Jumaat, 23 Julai 2010

Adeh!!

Assalamualaikum...Alhamdulillah diriku masih diberi kesihatan yg baik dariNYA..
petang smalam bawu dapat taw yg pegi kem tu bkan kat ulu kenas upe2nye kat kulim kedah....
naseb bek xjauh sangat...dh la tu yg paling terkejut isnin ni  nk kena pi dah...Adoyai...sabar jela...
sume dah settle tadi kat pejabat agama...yg pegi jordan dari perak pn xramai sgat dlm 37 owang ja...
seronok pi balik kampung sat tgok baby basyirah..comel sangat tembam...n dpat mkn buah manggis...fuh sedap...
lau dapat amik banyak leh wat jem manggis..yummy2..

Khamis, 22 Julai 2010

Info terkini....




Assalamualaikum...huhuu...baru semalam dpat taw 5hb 8 ni da kursus BTN...aiyo xnk pegi la dh la 5 ari pulak uh...kat hutan dh lme xmsuk hutan ingtkn dh xmsuk dh upe2nye kena masuk agy..huahua...ade ujian sekali akhir program nnti..xtawla...Alhamdulillah nasib baek tempat yg nk pi tu xjauh sgat just kat ulu kenas...dengar2 cite yg nk pi mesir kena wat kat terengganu..


yang paling menyedihkan nnti nak pi jordan bulan pose...ingtkn lehla la raya wat kali terakhir sebelum pi sane rupe2nye xdpat gak...ni sume ujian yg penting nk pi sana nk cari ilmu tu ja...


barang2 xkemas2 agy...dh pening ape yg nk bwak pi sane nnt..ape yg penting pn dh xtaw...banyak benda duk pikir sebelum pegi sana...doa2kanla utk diriku dapat menempuh segala ujian yg diberikan supaya dpat jadi seprang yg tabah n berdikari apabila berada di negara orang..insyaAllah Amin...


nnti dah pi sana mesti rindu kat ummi....abah....k.ngah...mamat...rindu nk gaduh ngn mamat..hikhik...rindu xdapat marah2 agy...hahaha....


mesti sgat2 rindu kat kawan2 semua....rindu kat nizam....huhuhu...sedih2.... I LOVE u ALL.....


Khamis, 15 Julai 2010

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan
Kacang
soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral
yg
membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL)
dan
meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat
besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol
HDL.
Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau
bunga
matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak
LDL
sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga
boleh

diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk
membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak
yg
memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya,
sebenarnya

menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan
makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar
kolestrol
LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya
dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak
merosakkan kolesterol LDL
dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,
kedodong,

betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah
kolestrol

LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg
mengamalkan
diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol
dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
Serat
mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung
sekiranya
dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan
khasiatnya

bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari,
iaitu
sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
sesuai

10 amalan terbaik tapi terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jumaat, 25 Jun 2010

23...Taarikh keramat buat org2 yg disayangi...


Assalamualaikum...Alhamdulillah masih dikurniakan tubuh badan yg sihat dan diberi umur yg panjang.....

pada tarikh 23 hb aritu ulangtahun hari jadi ummi n adikku muhammad...
Yong doakan ummi n mamat supaya panjang umur...sentiasa bahagia n selalu diberkati oleh Allah dalam setiap perkara yg dilakukan....
semoga ummi sentiasa diberi kekuatan dalam menghdapi setiap ujian n cepat sembuh..
utk mamat semoga dapat result yg tbaik dlam UPSR k...hang bijak n tunjukkn kesungguhan dlam setiap perkara yg hang buat k...jgn malas sgat...jadi anak yg baik n soleh okk...