HATI....

Biar HATI mati menolak CINTA Insani, biar BADAN lesu ditohmah kata KEJI, Jangan kau MENANGIS wahai mata HATI..Menangislah andai CINTAMU ditolak ILAHI..Hidupkan Hatimu dengan REDHA ILAHI..AMINN..^_^♥



















Selasa, 9 Jun 2009

"KECANTIKKN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA"

Kecantikan LelakiKecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan WanitaKegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padakekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."Wallahualam

"KECANTIKKN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA"

Kecantikan LelakiKecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan WanitaKegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padakekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."Wallahualam

Istajib doa ana ya Alllah.......

hadith Rasulullah:-Doa itu adalah ibadat....riwayat Abu Daud At tarmiziDoa itu senjata mukmin, tiang agama dan sinar langit danbumi..riwayat Al hakimWAKTU-WAKTU DOA MUSTAJAB
-setiap lepas solat fardhu
-berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
-ketika dalam perperangan atau darurat
-ketika sujud
-ketika dizalimi orang
-semasa musafir
-Bapa mendoakan kebaikan anak
-ketika wukuf di arafah
-selepas solat subuh sebelum terbit matahari
-selepas solat asar
-ketika hendak berbuka puasa
-ketika sakit
-di malam lailatul qadar
-di malam jumaat
-di dalam masjidil haram
-di dalam masjid nabawi(terutama di raudhah)
-di masjid al aqsa, baitulmaqdis
-apabila khatam alquran
-doa raja yang adil
-doa anak yang taat ibu bapa
-ketika tawaf di kaabah
-berdoa multazam (diantara hajar aswad dan pintu kaabah)
-berdoa di belakang maqam ibrahim di masjidil haram
-di hijir ismail
-di dalam mana2 masjid.

Ahad, 7 Jun 2009

Mulia ilmu dengan kerendahan diri


Salam perjuangan ...

Saya rasa pasti anda semua mengenali beliau. Inilah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, seorang ulama dunia.

Bagi saya, pandangan serta fatwa beliau amat semasa dengan keadaan dunia sekarang. Ini disebabkan oleh manhaj Wasathiyyah yang sering beliau laung-laungkan serta keberanian beliau dalam mendepani isu-isu global umat Islam masa kini. Justeru dengan ketokohan itu, tidak hairanlah mengapa beliau diberi jolokan "Syeikhul Ummah" oleh ulama-ulama lain yang setaraf dengannya. Beliau bukan saja dikenali di kalangan tokoh dunia-dunia Islam, malah digeruni dan dihormati oleh tokoh-tokoh dunia barat.

Prinsip yang beliau serukan ini bukanlah satu prinsip jelmaan baru Islam sepertimana Islam Hadhari jelmaan Pak Lah. Tetapi ia merupakan prinsip yang dihayati oleh nabi kita Muhammad SAW dan para sahabat RA. Oleh itu, prinsip yang beliau bawakan ini sebenarnya merupakan suatu penerusan kepada usaha untuk menghidupkan kembali semangat yang telahpun hidup di kalangan generasi terawal Islam dahulu.



Prinsip ini kalau kita amati pasti dapat dilihat daripada ucapan-ucapan beliau, juga kebanyakan penulisan-penulisan beliau yang sangat mengharapkan agar umat Islam kembali kepada keaslian kefahaman Islam. Namun, pengembalian kepada keaslian Islam yang beliau serukan bukanlah dengan menafikan kepentingan mazhab serta keharusan bertaqlid kepada salah satu daripadanya, dan bukan juga suatu gerakan yang menafikan kewujudan serta kepentingan tasawwuf di dalam masyarakat. Keaslian yang beliau maksudkan adalah dengan meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sebuah institusi teratas melampaui mazhab-mazhab yang berperanan sebagai wasilah untuk sampai kepada pemahaman Islam yang benar melalui prinsip kesederhanaan di antara bermudah-mudah dan berlebih-lebihan. Inilah sebenarnya asas perjuangan beliau selama ini dan inilah juga antara beberapa faktor yang membuatkan saya amat mengagumi beliau.

Di samping memahami permikiran beliau melalui penulisan-penulisan beliau, saya juga sering meng"update" setiap khutbah dan forum kuliah beliau melalui program "As-Shariatu wal Hayah" kelolaan al-Jazeera di Youtube. Kebiasaannya, setiap bulan pasti akan ada tajuk perbincangan baru yang diupdate. Namun sejak akhir-akhir ini, agak sukar juga untuk mendapatkan "update" kuliah terkini beliau. Saya pun tak tahu mengapa.

Contohnya seperti hari ini.

Asalnya saya mahu mencari rakaman khutbah dan forum kuliah terkini beliau, tetapi gagal. Tetapi alhamdulillah, saya ketemu pula dengan rakaman lain beliau dan setelah mendengarnya, ia begitu memberi kesan kepada saya dan menambahkan kekaguman saya terhadapnya.

Justeru, saya kira, perlu untuk saya kongsikannya dengan para pembaca yang lain agar kita semua mendapat manfaat berguna daripadanya. Secara ringkasnya, video ini merakamkan ucapan Syeikh Al-Qaradhawi di Multaqa Ikhwan al-Muslimin di mana beliau telah menasihatkan kepada kita agar senantiasa mengikut resmi padi .. semakin tinggi, semakin tunduk ke bumi.
Untuk mendengar nasihat beliau selengkapnya, seeloknya perhalusilah setiap ucapan beliau dengan baik.

Oleh itu, artikel di bawah ini merupakan terjemahan ucapan beliau yang sedikit sebanyak saya usahakan bagi membantu para pembaca yang tidak memahami bahasa Arab. Saya mohon maaf terlebih awal sekiranya terjemahan ini gagal memberikan maksud sebenar daripada ucapan beliau itu. Semoga beroleh manfaat.

Ketika menangisnya Imam Al-Qaradhawi

Aku ingin mengatakan sesuatu wahai para ikhwah,

Sesungguhnya kemuliaan dan pujian yang aku telah dengar tidaklah memperdayakan aku dan menipu aku daripada hakikat yang aku ketahui. Demi Allah, aku lebih mengetahui kelemahan dan kelalaian diriku sendiri. Dan sungguh telah berkata Ibn Atoillah di dalam Hikamnya: "Manusia memuji kamu dengan sesuatu kebaikan yang mereka lihat daripadamu. Maka jadilah kamu orang yang sentiasa mencela dirimu sendiri dengan pandangan baik orang kepadamu. Orang mukmin tidak meninggalkan keyakinan dirinya (kelemahan diri) disebabkan oleh tanggapan orang di sisinya". Demi Allah, tanggapan orang kepadaku tidak menyebabkan aku terpedaya daripada mengenali diriku sendiri. Dan aku tahu dengan kemurahanNya, Allah telah menutup (kelemahanku) dengan kecantikan tuntupanNya. Telah berkata Abul Atahiah: "Allah telah mencantikkan kami dengan tidak membuka seluruh kesalahan-kesalahan kami. Maka jika dibuka kesemua kesalahan itu, maka pasti jelaslah ia". Allah tidak menjadikan kesemua maksiat itu memiliki bau sehingga boleh dibau oleh manusia. Aku memohon kepada Allah agar Dia menutup (segala kesilapanku) di akhirat seperti mana Dia menutupinya di dunia. Sesungguhnya aku takut dengan kemuliaan dan pujian seperti ini akan menghapuskan segala pahala dan keagungannya. Imam Muslim telah meriwayatkan di dalam sahihnya, "Tiadalah seorang pejuang yang berjuang di jalan Allah, lalu dia diuji dengan ghanimah (harta rampasan perang) kecuali ditangguhkan baginya dua pertiga pahala dan hanya kekal sepertiga sahaja. Namun jika dia tidak diuji dengan ghanimah tersebut, pasti sempurnalah kesemua pahala itu". Dan aku takut wahai ikhwah, daripada pujian-pujian dan ucapan-ucapan saudara (kepadaku) akan menghapuskan dua pertiga pahala itu sehingga meninggalkan sepertiga sahaja. Inilah ghanimah bagi orang yang berilmu iaitu pujian dan kemuliaan orang kepadanya yang akan menghapuskan dua pertiga pahala itu. Jika kemuliaan ini menghapuskan dua pertiga pahala, maka amat rugilah. Dan jika sepertiga yang berbaki itu pula tidak sunyi daripada kelompongan dan keburukkan, maka apakah lagi yang tinggal untuk manusia?

Ini adalah perjumpaan para pelajar dan sahabat. Saudara mengatakan "Imam al-Qaradhawi" . Demi Allah, aku bukanlah ketua dan imam. Aku sedar bahawa aku adalah seorang jundi. Dan sesungguhnya aku adalah seorang pelajar. Aku akan terus menjadi pelajar. Orang berilmu yang sebenar ialah mereka yang senantiasa menjadi pelajar di sepanjang hidupnya, dan aku akan terus belajar dan mencari kerana masih banyak kejahilanku seperti yang dikatakan oleh imam kita As-Syafi'ie rahimahullah:"Setiap kali bertambahnya umurku, aku lihat lemahnya akalku, atau aku lihat bertambahnya ilmuku disebabkan kejahilanku". Dan benarlah firman Allah, "Dan tidaklah kamu diberikan sesuatu ilmu melainkan sedikit", "Dan katakanlah: Wahai tuhanku, tambahkanlah aku dengan ilmu".

Aku belajar dengan beberapa sahabat di pejabat dan banyak yang telah aku pelajari daripada mereka sesuatu yang aku terleka dan tidak tahu mengenainya. Begitulah manusia belajar daripada pelajar-pelajarnya seperti mana kata sebahagian mereka kepada gurunya antaranya mengenai kisah Hud-hud di dalam al-Quran. Berapakah daripada kita yang belajar daripada pelajar-pelajar mereka? Telah berkata para salafussoleh RA: "Seseorang itu akan sentiasa menjadi alim dengan pencarian ilmu. Tetapi jika dia menganggap dirinya berilmu, sesungguhnya dia seorang yang jahil".

Aku berhijrah ke Qatar pada 12 September 1961 dan aku telah ditugaskan sebagai mudir ma'ahad thanawi di sini. Seingatku ketika di ma'ahad dulu, aku telah diziarahi oleh seorang lelaki. Dialah lelaki pertama yang menziarahi aku. Beliau mengatakan, "Aku adalah saudaramu Abdullah bin Ibrahim al-Ansori yang merupakan seorang pelajar di bumi Qatar". Inilah kali pertama aku mendengar seorang alim mengatakan bahawa dirinya seorang pelajar dan aku begitu ta'ajjub dengan ucapan tersebut. Begitulah yang seharusnya dilakukan oleh manusia iaitu menjadi pelajar kepada ilmu .........

Ini saja terjemahannya. Manakala ucapan selebihnya memasuki perbincangan yang lain.

............ ......... ......... ......... ......... ......... .......

Kesimpulan yang boleh saya simpulkan daripada ucapan beliau ini adalah:

~ Janganlah merasa bangga dan sombong dengan ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana hakikatnya ia bukanlah milik kita, tetapi milik Allah.

~ Tiada siapa yang mengetahui semua perkara dalam kehidupan ini walau sebesar mana sekalipun gelaran yang diperolehinya. Hakikatnya semuanya datang dari Allah. Kita sendiri adalah bodoh sebelum pandai dan memerlukan bantuan serta dokongan orang lain dalam mencapai kejayaan yang kita kecapi. Dalam erti kata lain, kejayaan dan kepandaian kita bukanlah kejayaan dan kepandaian yang mutlak, tetapi merupakan hasil sumbangan dan bantuan orang lain sebelumnya. Sekiranya kita merasakan bahawa kitalah orang yang paling berilmu, ingatlah bahawa keilmuan yang kita miliki tidak sampai setitikpun dengan lautan ilmu Allah SWT.

~ Setinggi manapun kedudukan dan keilmuan kita, samada kita berlatarbelakangkan seorang doktor, peguam, jurutera, akauntan, guru dan alim ulama ... sentiasalah memakai pakaian para penuntut. Dengan itu, kita akan senantiasa merasa sedikitnya ilmu dan agungnya orang lain. Bagi mereka yang tidak mempunyai asas agama, dampingilah para ulama dan orang-orang soleh agar kita terkena tempiasnya. Semoga dengan keikhlasan dan kebersamaan kita bersama mereka akan terpancarnya keberkatan dari ilmu dan akhlak mereka sedikit sebanyak pada diri kita. Sebuah syair arab berbunyi: "Serupakanlah dirimu dengan mereka kerana menyerupai orang-orang yang mulia itu membuahkan kejayaan"

~ Janganlah merasa diri sempurna dan terbaik daripada orang lain. Kalau bukan kerana "hijab" atau penutup yang ditutup oleh Allah, dan kalau sekiranya kelemahan kita boleh dibau dan dihidu .. sudah tentu ramai orang akan membenci dan menjauhi kita kerana busuknya bau-bau kelemahan kita. Tetapi kerana rahmat dan kasih sayang Allah, kelemahan dan kejahatan kita masih ditutupi oleh Allah SWT.

Sabtu, 6 Jun 2009

Kita ibarat pinggan

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat.. .

Jangan Hiaskan Rumah Dengan Gambar2 Haiwan

Elakkan Gambar-gambar Binatang

Hadith:

Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.

Berkata Aisyah: ”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?

Rasulullah s.a.w kembali bertanya: ”Bantal-bantal apakah itu?”
Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”
Sabda Rasulullah s.a.w: ”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: ”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”

Kemudian baginda bersabda: ”Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”

(Muslim)

Khamis, 4 Jun 2009

Gigi

urghhhh.........

takut sgt nt nk pegi klink ggi...

dptje taw ayah nk bwak pg cek ggi rse takut satu bdan je..rse seram sgt...

ni la yg paling tkut skli tp nk wt cm ne kna pg gak cek lau ggi tmbuh cam vampire lak..hehe

asenye nt dh cbut ggi ni msti ase diri gembira sgtkn...cz ggi ni mslah dr kecik xprnah nk buang

pengecut sgt la katekn...

ni kirenye satu cbran kot nk atasi ketakutn yg pling dasyat skli dlm hdupku..hehe

mlm td mlm yg sgguh gmbira bile ade owg hiburkn kite sblm tdo..hehe..xleh tdo je ade je owg

wat smpe kte ttdo..sape lg klu bkn my sister yg slalu tmankn smpe die tdo dlu bru ktew

tdo..heheh..ermm sdapnye lgu ni..this my fvrte song...kumpulan edcoustic lagunye best bangat...

Jemputan ke program cuti sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Shbat/ah yang dikasihi Allah SWT

Hari ini, seluruh dunia semakin panik apabila digemparkan dgn virus influenza A H1N1
tetapi malangnya tak ramai di kalangan kita yang tahu apakah virus penyakitFutur ?
Marilah bersama-sama kita mengenali virus penyakit Futur yang sangat berbahaya ini
Penyakit influenza A H1N1 telah mengorbankan hampir 100 orang setakat ini
tetapi penyakit futur telah merebak kepada berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia?
berjuta-juta umat Islam sekarang berada di dalam keadaan yang sangat kritikal??
berapa ramai umat Islam yang beriman kepada Allah? sama-samalah kita fikirkan ??


Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menta'rifkan Futur :

Bahasa Arab : Behenti selepas bergerak aktif
Istilah : Penyakit yang boleh menimpa sebahagian para da'ie,
paling rendah ialah lembab & slow
paling bahaya ialah behenti terus aktif dalam dakwah serta cergas beramal

Sebab:

-meninggalkan jemaah & mengutamakan kehidupan uzlah/ menyendiri
-memakan sesuatu yang haram atau syubhah
-tenggelam dalam maksiat & keseronokan dunia
-bertindak tanpa perancangan & secara individu
-amat sedikit mengingati mati & hari akhirat
-hubbun dunnia wa karahiyatul maut ( cintakan dunia & takutkan mati )
-cuai melaksanakan ibadat : zikir, baca Al-Qur'an, solat berjemaah, qiyam


Kesan

-Kesan kepada Daie : kurang tenaga Da'ie
-Kesan kepada Jemaah : panjang perjalanan, beban bertimbun,
lambat memperolehi kejayaan


Ubat kepada penyakit Futur

- Menjauhi maksiat sama ada kecil @ besar
- melazimi amalan harian : baca Al-Quran & zikir
- sentiasa mengingati mati & persoalan kubur
- menghadiri majlis ilmu/usrah/halaqah
- muhasabah diri /bertaubat nazuha
- mempertingkatkan amalan2 sunat
- sentiasa menjaga hubungan dengan Allah
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. .berkenaan dgn ToT 6 dan KMK 13 Zon UtaraTraining of Trainer kali ke-6 (ToT 6)Tarikh : 8 Jun 2009 (Isnin)Tempat : Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah D.AMasa : 8.00 am - 6.00 pm (pendaftaran 8.00-9.00am)Yuran : F.O.C (tiada bayaran dikenakan)Anjuran : Kelab Rakan HALUAN (KeARAH)Target peserta : Lepasan SPM - Pelajar2 IPT (jemput sahabat/h serta mad'u2 yang pernah disentuh dgn sentuhan Tarbiyah)Peralatan yang perlu dibawa :Pakaian Riadhah (banyakkan)Lampu suluhLaptop/Extension Wire (kalau ada)dll yg difikirkan perlu*** 9 - 11 Jun 2009 (praktikal menjadi urusetia atau fasilitator untuk KMK 13)Kem Minda Kreatif kali ke-13 (KMK 13)Tarikh : 9 - 11 Jun 2009 (Selasa-Khamis)Tempat : Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah D.A (PLR)Pendaftaran : 9.00 - 11.00 am (9 Jun 2009 - Selasa)Yuran : RM 60.00 (termasuk makan minum, penginapan dan kemudahan aktiviti)Anjuran : Kelab Rakan HALUAN (KeARAH)Target peserta : Pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 - 5 sahaja (berumur 13 tahun dan ke atas)Peralatan yang perlu dibawa :Pakaian Riadhah (banyakkan)Lampu Suluh (aktiviti malam)Al-Ma'tsuratBuku catatan/alat tulisCara ke tempat program :1. Bas Ekspress - Ekspress MARA Liner, KL - Pendang RM 39.002. Bas Awam - Bas MARA atau Tranasional, Shahab Perdana - Pedang RM 3.20Pekan Rabu - Pendang RM 2.703. Keretapi - Turun di Stesen Keretapi Alor Setar, jalan kaki ke Pekan Rabu, kemudian naik bas di sana4. Kapal Terbang - Turun di Lapangan Terbang Kepala Batas, naik teksi ke Shahab Perdana, naik bas di sana5. berkenderaan sendiri - Lebuhraya PLUS - Keluar susur Pendang/Kota Sarang Semut (12km dari Alor Setar (S) atau 20km dari Gurun), belok ke kiri, dalam 5km sampai ke PLR6. Rombongan - Bas dari perlis (Pergi-Balik RM 20.00 - kalau ada 40 orang peserta)Sila laporkan kehadiran anda sebelum 1 Jun 2009 kepada (untuk ToT 6 dan KMK 13)1. Abu 'Ubaidah Sharudin (013-6284940) (bahagian sahabat), atau2. Nailah bt Abdul Kadir (013-6418667) (bahagian sahibah), atau3. En. Ghazali : 012-4262343 (Perlis), EnKamal : 013-4820141 (Pulau Pinang), En. Zamri : 013-4514345 (Kedah), En Zulkifli : 019-5746099 (Perak)
Minta sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara, kawan2, sahabat2 handai, dsb..
sila lihat video tentang KMK di www.youtube.com
search Kem Minda Kreatif

Rabu, 3 Jun 2009

::Azan Bukti Kebesaran Allah::

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... .......... .
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Na'uzubillah min zalik....

(Bardasarkan sumber dari harian metro 23 MEI 2009)

uucp://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20090523083748/mainpix

KUALA LUMPUR: Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.

Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah.

Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.

Menurut Kim, minatnya terhadap simbol tatu tiada dara bermula selepas beberapa rakan tampil dengan bangga memperagakan tatu kepadanya.

Dia yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, mendakwa rakannya termasuk bekas pelajar sekolah yang kerap bertukar-tukar teman lelaki memakai tatu terbabit sebagai lambang pernah melakukan hubungan seks dan kelompok yang tidak percaya kepada konsep ‘suci dan dara’.

“Golongan itu yang mempunyai idea bebas menganggap gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks.

“Oleh itu, rakan saya mendapat idea memakai tatu di bahu atau belakang pinggang sebagai simbolik kumpulan tiada dara,” katanya.

Dia berkata, bagi golongan gadis yang memiliki tatu itu, mereka kerap mendapat jolokan sebagai golongan ‘barai’ iaitu merujuk kepada gadis hilang dara selepas menjalin hubungan seks bebas dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, katanya, hanya sekelompok kecil mengetahui rahsia tatu berkenaan berdasarkan simbolnya.

Kim dipujuk rakan untuk membuat tatu sebagai tanda setia kawan sebelum dibawa ke sebuah kedai tatu milik seorang lelaki warga asing.

“Selepas melihat katalog gambar tatu yang diberikan, saya bersetuju membuat tatu di belakang bahu kanan dengan lambang hati terbelah selain singkatan huruf awal nama bekas teman lelaki yang pernah meniduri saya,” katanya.

Proses membuat tatu hanya mengambil masa sejam sambil rakan memberikannya semangat. Sebaik proses menyakitkan itu selesai, rakannya meraikan kejayaan membuat tatu itu di sebuah pusat hiburan.

Dia kemudian diajak rakan untuk bertemu beberapa teman lelaki di sebuah kafe di Bangsar. Pertemuan singkat itu bertukar kepada acara ‘cari dan padan’ apabila masing-masing memilih pasangan yang bukan hanya boleh dijadikan rakan santai, malah boleh diusung ke bilik tidur.

Kim mendakwa sudah mula terjebak dengan aktiviti seks bebas seawal usia 16 tahun apabila dipujuk teman lelaki pertamanya yang juga anak seorang ahli perniagaan terkenal.

“Cinta seks kami hanya bertahan dua bulan apabila teman lelaki berusia enam tahun lebih tua meninggalkan saya tanpa alasan pun. Saya dipikat pula seorang pelajar kolej sebelum turut berakhir di ranjang selepas hubungan cinta putus beberapa bulan.

“Selepas itu, cinta saya bersilih ganti sebelum bertukar menjadi hubungan seks tanpa membabitkan soal komitmen atau perasaan. Ia tidak lebih hanya untuk suka-suka dan sekali sekala mendapat imbuhan wang atau dibawa membeli-belah lelaki berkenaan,” katanya.

Dia yang berjaya dipujuk wartawan supaya mendedahkan kisah silamnya mendakwa tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku berikutan ibu bapanya sendiri tidak pernah bertanya atau kisah dengan perjalanan hidupnya selepas tamat tingkatan lima.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Mohd Ibrahim, berkata Allah s.w.t melaknat umatnya yang bertatu, apatah lagi mengamalkan seks bebas atau zina.

“Perbuatan memiliki tatu jelas ditegah dalam Islam dan jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, orang Islam yang sudah bertaubat dan tidak berupaya membuang tatu boleh menyimpannya asalkan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, sebaik-baiknya tatu berkenaan ditutup dengan kain ketika ingin mendirikan solat supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau salah faham pada umat Islam lain,” katanya.

>>>>baru dpt bukak<<<<

sudh bape lame x bkak dpt gak bkak arini...
tu pun jenuh nk berebut ngn adik...
dia balik ssh nk on9 skang...
aritu program majlis penutup KRS tp x bjlan ng lancar pun..
nk kate best pn leh nk kate x best pn leh gak..ntahla...
yg bestnye tgok owg smbelih ayam smpe trcabut kpalanye..hehe...melompat2 ayam tu...ganas beno bdak tu smbelih smpe trcbut kpalanye....tu la lelaki..pempuan smbelih ok je siap tgkap gmbar lg tu sblum smbelih ayam...n then kami msak ayam tu..mmg sdap msakan tgok la spe yg msak..hehe..yg xbestnye nk main perang2 xjdi pun..lmbat sgt nk main akhirnya x main pun..mmg x best...lg x best fisha xpgi pun kem tu...tu yg x best..dia dah blik umah awal2 lg...yg si ila tu sensitif je keje nye...nk marah je..n paling kecian smpe mkn nsi yg da nk basi nseb perut die cam besi x skit lgsung..;) tp saffiya yg skit perut adela byak sgt minum air...tp kirenye best la gak program tu...